VALORANT, Pokemon UNITE Bakal Dilancarkan di China

Selepas sekatan selama 18 bulan.

Kerajaan China meluluskan pelancaran bagi 44 judul antarabangsa termasuk judul penembak taktikal Riot Games, VALORANT dan judul MOBA Nintendo, Pokemon UNITE.

Pada Rabu, National Press and Publication Administration (NPPA) China menerbitkan senarai judul permainan yang sudah diluluskan selepas 18 bulan proses kelulusan dijalankan oleh badan kerajaan China itu.

Melalui senarai itu, VALORANT disenarikan sebagai ‘Fearless Covenant’ dan Pokemon UNITE pula disenarikan sebagai ‘Pokemon Rally’. Kedua-dua judul ini akan dilancarkan melalui pelancar permainan Tencent.

Selain dua judul itu, antara judul lain yang diluluskan adalah Raid: Shadow Legends, Gwent: The Witcher Card Game oleh CD Projekt Red dan Don’t Starve oleh Klei Entertainment.

Pada Ogos tahun lalu, kerajaan China mengenakan sekatan ke atas pasaran permainan video bagi mengekang ketagihan permainan video terhadap kanak-kanak dan remaja di negara itu menyebabkan beberapa judul antarabangsa disekat.

Dalam Artikel Ini

Valorant

Riot Games
Berita Berkaitan
Komen