Bekas Pengarah Valorant Sertai Bungie

Benda baru sedang dalam pembangunan.

Bekas pengarah bagi permainan Riot Games, VALORANT dilaporkan telah menyertai studio pembangun Destiny 2, Bungie.

Joe Ziegler melalui satu hantaran Twitter mengumumkan bahawa di akan menyertai Bungie dan menyatakan bahawa dia sedang membangunkan benda baharu.

“Sukacita diumumkan rumah baharu saya kini di Bungie sedang mengusahakan satu benda baru yang diharapkan boleh dimainkan oleh anda semua,” umum Ziegler.

Ziegler berkhidmat di Riot Games selama 12 tahun dan bertindak sebagai pengarah untuk VALORANT sebelum mengumumkan berundur dari studio itu pada penghujung tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Ziegler tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai benda baharu yang dibangunkan bersama Bungie.

VALORANT telah berjaya mencatatkan pemain aktif melebihi 14 juta pemain sejak dilancarkan pada 2020 dan telah berjaya menganjurkan dua kejohanan dunia VALORANT Champions Tour serta beberapa kejohanan serantau seperti VCT Masters dan Game Changers.

Dalam Artikel Ini

Valorant

Riot Games
Berita Berkaitan
Komen