Satu Dinosaur Baru Ditemui di Transylvania, Romania

Miliki ciri unik dengan kepala lebar dan leper berbanding spesis lain.

Sekumpulan pengkaji baru-baru ini menemukan spesis dinosaur kerdil di barat Romania dan diberi nama Transylvanosaurus platycephalus atau secara kasar adalah “reptilia berkepala leper dari Romania”.

CNN melaporkan, pakar dari Universiti Tübingen menerbitkan pertemuan mereka di Journal of Vertebrate Paleontology pada November di mana pasukan itu berkongsikan perincian tentang makhluk zaman purba itu selepas satu kajian terperinci pada tengkorak yang ditemui di tebing sungai wilayah Transylvania, Hateg Basin pada 2007.

 
Kredit: Felix Augustin/Peter Nickolaus/Dylan Bastiaans

Satu ilustrasi yang dihasilkan menggambarkan Transylvanosaurus platycephalus memiliki ciri yang berbeza berbanding spesis melata yang lain seperti memiliki tubuh yang lebih kecil berbanding spesis lain iaitu sekitar 2 meter panjang.

Pertemuan ini juga secara tidak langsung menyokong teori “island rule” di mana spesis besar akan terbantut dan spesis kecil akan membesar.

Faktor kepada teori ini masih belum berjaya dirungkai tetapi berkemungkinan kekurangan sumber makanan di pulau-pulau boleh menjadi faktor menyebabkan masalah tumbesaran spesis-spesis ini.

“Hampir semua haiwan darat di pulau ini bersaiz kecil. Kecuali pterosaurs, di mana spesis ini mampu membesar menjadi gergasi, di mana spesis ini mampu terbang dan tidak terkesan dengan kekurangan sumber makanan di atas pulau ini,” kata penulis Felix Augustin kepada CNN.

Ciri lain spesis ini adalah bentuk kepala mereka di mana Transylvanosaurus platycephalus memiliki ciri tengkorak yang lebar dan leper menjadikan mereka berbeza berbanding spesis Rhabdodontidae, spesis yang hidup 70 juta tahun lalu semasa penghujung era Cretaceous.

Selain itu, kumpulan pengkaji ini juga berjaya menemui spesis-spesis baharu yang tinggal di pulau itu di samping dinosaur kerdil, buaya, penyu dan pterosaurs di mana pertemuan itu sekaligus menyangkal tanggapan bahawa Eropah memiliki kepelbagaian spesis dinosaur yang rendah.

Berita Berkaitan
Komen