Konsol Dikatakan PlayStation 5 Baharu Diperlihatkan

Mungkin PlayStation 5 Pro?

Satu khabar angin menyatakan, Sony akan memperkenalkan konsol baharu iaitu versi PlayStation 5 yang dipertingkatkan dan terdapat khabar angin menyatakan konsol ini didatangkan dengan pemacu cakera yang boleh ditanggalkan.

Menurut laporan Tom Henderson dari Insider Gaming, Sony dijangka akan memperkenal versi sistem PS5 yang ditambah baik selain nyatakan dua sumber terdekatnya sudah menguji kit ujian konsol PlayStation itu.

Selain itu, sumber itu menambah konsol PlayStation 5 baharu ini miliki rekaan sama dengan model lama dan pemacu cakera boleh tanggal itu tidak akan merosakkan nilai estetik sistem dan boleh dipasang pada konsol tanpa sebarang isu.

Henderson juga menyatakan, Sony dijangka akan menghasilkan kira-kira 20 juta unit konsol PlayStation 5 baharu sepanjang tahun depan.


Sementara itu, menurut laporan terkini Sony, syarikat itu sudah menjual lebih 21.7 juta unit model asal PlayStation 5 sejak ia diperkenalkan pada November 2020.
Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen