Bos Sony Acah PlayStation 5 Baharu

2023 adalah tahun penting untuk Sony.

Sebelum ini, PlayStation 5 dikatakan bakal dilancarkan dengan pemacu cakera boleh-tanggal, kini Naib Presiden Sony, Hidekaki Nishino dikatakan telah mengacah bahawa versi baharu PlayStation 5 akan didedahkan.

Satu temubual bersama Famitsu, Nishino membayangkan satu sistem konsol PS5 baharu akan dilancarkan sekitar 2023.

Apabila ditanya sama ada tahun ketiga PS5 akan sama gah seperti tahun ketiga PS4 iaitu semasa Sony melancarkan PS4 Pro, Nishino menyatakan tahun akan datang akan menjadi tahun yang sangat penting untuk konsol terbaru PlayStation.

“Kami percaya jualan kumulatif akan meningkat melebihi 37 juta unit menjelang penghujung tahun fiskal 2022 dan ia akan menjadi tempoh yang penting untuk platform.

“Saya tidak boleh mendedahkannya secara spesifik buat masa ini tetapi saya mengharap anda menantikan tahun depan (2023),” kata Nishino.

Sementara Nishino tidak menyebut tentang konsol PS5 baru secara spesifik ia perlu diingatkan bahawa dia tidak langsung menolak idea itu.

Walau bagaimanapun, buat masa ini tiada pengumuman rasmi daripada pihak Sony tentang konsol baru PS5.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen