Epic Games Nyah-Senarai Judul Usang, Judul Unreal dan Rock Band Antara Yang Terkesan

Perkhidmatan akan ditamatkan pada 24 Januari.

Epic Games mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan perkhidmatan dalam talian dan pelayan bagi judul usang sebagai langkah mereka untuk menyokong perkhidmatan Epic Online Services sepenuhnya.

Pengumuman itu diumum melalui satu blog di mana perkhidmatan dalam talian bagi sebilangan judul permainan akan ditamatkan bermula 24 Januari tahun depan

Selepas penamatan perkhidmatan itu dilaksana, kebanyakan judul masih boleh dimainkan secara luar talian sementara beberapa judul tidak lagi boleh diakses.

Berikut adalah judul yang masih boleh dimainkan selepas penutupan perkhidmatan dalam talian:

  • 1000 Tiny Claws
  • Dance Central 1-3 (Dance Central VR Online Multiplayer masih boleh dimainkan)
  • Green Day: Rock Band
  • Monsters [Probably] Stole My Princess
  • Rock Band 1-3 (Rock Band 4 Online Multiplayer masih boleh dimainkan)
  • The Beatles: Rock Band
  • Supersonic Acrobatic Rocket-Powered Battle-Cars
  • Unreal Gold
  • Unreal II: The Awakening
  • Unreal Tournament 2003
  • Unreal Tournament 2004
  • Unreal Tournament 3 (Epic merancang untuk mengembalikan ciri-ciri dalam talian melalui Epic Online Services pada masa akan datang)
  • Unreal Tournament: Game of the Year Edition

Selain itu, Epic sudah mula mengeluarkan judul-judul berkenaan daripada kedai digital serta menghalang sebarang pembelian DLC.

“Kami sudah mula mengeluarkan permainan-permainan yang masih tersedia di semua kedai digital dan menghalang sebarang pembelian DLC dalam permainan bermula hari ini,” kata Epic.

Manakala, berikut adalah judul-judul yang akan ditamatkan perkhidmatan sepenuhnya:

  • Battle Breakers pada 30 Disember
  • Unreal Tournament (Alpha) pada 24 Januari
  • Rock Band Blitz pada 24 Januari
  • Rock Band Companion pada 24 Januari
  • SingSpace pada 24 Januari

Bagi Battle Breakers, Epic menyatakan bahawa mereka akan melakukan pembayaran balik buat pemain yang telah melakukan sebarang pembelian dalam permainan melalui pembayaran terus Epic dalam tempoh 180 hari bermula hari ini.

Epic juga menyatakan, mereka sudah mengeluarkan Hatoful Boyfriend, Hatoful Boyfriend: Holiday Star dan judul mudah alih DropMix dari kedai dalam talian tetapi judul-judul ini masih boleh dimainkan bagi mereka yang sudah memilikinya.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen