Cameo Gal Gadot dan Henry Cavill dalam The Flash Dipotong, Beri Laluan buat Hala Tuju Baru DC

Hala tuju baharu DC.

Selepas Henry Cavill mengumumkan bahawa dia tidak akan kembali sebagai Superman bagi kandungan DC di bawah pentadbiran James Gunn dan Peter Safran, kini dilaporkan bahawa cameo Cavill dan Gal Gadot sebagai Wonder Woman di dalam The Flash akan dipotong.

Hollywood Reporter melaporkan, langkah ini menunjukkan bahawa Gunn dan Safran dijangka akan melaksanakan perubahan besar di dalam DCEU di bawah pentadbiran mereka.

Antara perubahan yang telah dilakukan adalah melakukan perubahan di dalam projek sedia ada seperti The Flash dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan projek Wonder Woman 3 oleh Patty Jenkins.

“Pengunduran Cavill sebagai Superman adalah petunjuk jelas bahawa Gunn dan Safran sedang melakukan perubahan besar di dalam DC dengan sekurang-kurangnya mengurangkan perkaitan dengan kandungan yang diurus oleh pentadbiran sebelum ini.

“Cavill sebelum ini tampil sebagai cameo di dalam filem The Flash satu daripada empat filem DC yang akan ditayangkan pada 2023, tetapi sumber menyatakan disamping Gal Gadot sebagai Wonder Woman akan dipotong memandangkan studio itu memilih untuk meneruskan Wonder Woman 3 versi Patty Jenkin,” kata THR.

Sebelum ini, Cavill pernah muncul sebagai cameo buat kali terakhir sebagai Superman di dalam Black Adam.

Walaupun Cavill tidak lagi menyarung mantel superhero itu, ia bukanlah pengakhiran untuk Cavill di mana dia telah mengadakan pertemuan dengan Gunn dan Safran di mana mereka membincangkan tentang peranan baharu yang berpotensi untuknya.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen