Ujian Beta Final Fantasy 7 Ever Crisis Ditangguh

Tiada FF7 untuk 2022.

Ujian Beta Final Fantasy 7 Ever Crisis Ditangguh - Final Fantasy VII: Ever Crisis

Ujian beta tertutup bagi judul spinoff Final Fantasy 7 versi peranti mudah alih, Final Fantasy 7 Ever Crisis dikatakan ditangguh hingga ke musim panas tahun depan.

Pada Jun lalu, semasa sambutan ulang tahun Final Fantasy 7 ke-25, Square Enix mengumumkan judul ini akan menerima ujian beta tertutup pada sekitar hujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, laman rasmi Final Fantasy 7 menunjukkan bahawa ujian beta Ever Crisis akan dilancarkan pada sekitar musim panas tahun depan tanpa sebarang tarikh spesifik dinyatakan.

Final Fantasy 7 Ever Crisis adalah judul FF7 yang dihasilkan semula tanpa memerlukan penggunaan grafik yang intensif yang terdiri daripada kisah-kisah daripada permainan asal dan spinoff.

Judul ini akan dilancarkan secara percuma untuk peranti iOS dan Android.

Dalam Artikel Ini
Komen