Ubisoft Mula Tawarkan Permainan Percuma Untuk Pengguna Stadia

Pengguna mula menerima permainan di Ubisoft Connect.

Ubisoft Mula Tawarkan Permainan Percuma Untuk Pengguna Stadia

Menjelang penutupan Google Stadia, Ubisoft semalam mengumumkan bahawa pengguna yang memiliki permainan Ubisoft dan ingin menyambung bermain permainan secara awanan boleh dilakukan melalui Ubisoft Connect.

Ahad lalu, 9to5Google melaporkan bahawa pengguna mula menerima permainan versi PC untuk judul yang dibeli melalui Stadia dan untuk itu pemain perlu menghubungkan akaun Stadia dengan Ubisoft Connect.

Ubisoft melalui pengumuman pada Selasa mengatakan mereka mula memberikan permainan versi PC bagi permainan yang dimiliki di Stadia tanpa sebarang kos tambahan dan permainan itu akan dimasukkan dalam senarai permainan melalui Ubisoft Connect.

Selain itu, pemain yang melanggan Ubisoft+ Multi-Access melalui Stadia akan menerima emel arahan untuk mendaftar secara terus melalui laman sesawang Ubisoft+.

Oktober lalu, Google mengumumkan perkhidmatan permainan awanan, Stadia akan ditamatkan pada 18 Januari di mana pemain akan kehilangan akses dan kandungan yang mereka beli di perkhidmatan itu.

Tambahan, pihak Google juga menjamin pembayaran semula secara penuh buat pelanggan yang telah membeli permainan dan perkakasan Stadia.
Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen