Ubisoft Mencari Pemain Untuk Uji Main Judul Star Wars Baharu Mereka

Demi menghasilkan permainan terbaik.

Ubisoft Mencari Pemain Untuk Uji Main Judul Star Wars Baharu Mereka - Star Wars Jedi: Survivor

Studio pembangun permainan video Star Wars, Massive Entertainment sedang mencari pemain untuk uji main judul Star Wars baharu mereka.

Pengumuman pencarian itu dikongsi melalui satu hantaran Twitter di mana studio itu sedang mencari penguji untuk Projek Star Wars tetapi keutamaan diberikan kepada mereka yang menetap di Malmö, Sweden.

“Cita-cita kami adalah untuk menghasilkan permainan terbaik dan untuk itu kami memerlukan maklum balas anda.

“Pendapat anda yang menggerakkan kami dan menjadi penguji main, anda berpeluan untuk beritahu apa yang anda suka atau tidak tentang permainan kami. Lebih penting lagi, kami boleh melihat bagaimana anda, pemain, berinteraksi di dalam permainan,” kata Massive Entertainment melalui laman mereka.

Studio itu mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk sertai uji main ini tetapi akan mengutamakan pemain yang menetap berhampiran Malmö, Sweden.

Bagi anda yang mahu mencuba peluang untuk menjadi penguji main, sila layari SINI.


Manakala untuk judul Star Wars yang lain, Star Wars Jedi: Survivor judul sekuel bagi Star Wars Jedi: Fallen Order dijangka akan dilancarkan pada 17 Mac untuk PS5, Xbox Series X/S dan PC.
Dalam Artikel Ini

Star Wars Jedi: Survivor

Lucasfilm Games
  • Platform 
  • PS5
  • PC
  • XboxSeries
Komen