Tiada Switch Pro, Nintendo Mahu Fokus Kepada Konsol Generasi Baharu

Tidak akan dilancarkan sekitar 2023.

Khabar angin tentang konsol Nintendo Switch Pro sudah lama berlegar di dalam industri permainan video dan komuniti permainan sejak sekian lama. Namun, kini dilaporkan Nintendo bersedia untuk memberi fokus kepada konsol generasi baharu.

Menurut John Linneman semasa podsiar Digital Foundry, kebanyakan pembangun permainan cakna tentang kemaskini Switch dan membatalkan perancangan itu untuk konsol generasi baharu.

Buat masa ini, Nintendo belum mengumumkan sistem permainan video baharu dan Linneman menjangkakan ia tidak akan dilancarkan sekitar 2023.

“Jadi, apa yang saya faham selepas bercakap bersama pembangun lain, terdapat satu kemaskini Switch yang dirancang dan nampaknya ia tidak akan terjadi.

“Ia cukup jelas bahawa apa sahaja yang akan mereka lakukan adalah perkakasan generasi baharu yang sebenar. Saya tidak fikir ia tiba pada 2023,” kata Linneman.

Linneman juga berspekulasi bahawa Nintendo akan menghasilkan konsol generasi baharu secara berhati-hati berikutan sejarah konsol Nintendo yang lalu di mana hanya Switch menjadi satu-satunya konsol Nintendo yang terlaris berbanding GameCube dan Wii U.

Dalam Artikel Ini

Nintendo Switch

Nintendo
Berita Berkaitan
Komen