Tesla Model X dan S Terima Integrasi Steam

Permainan Steam Deck juga boleh dimainkan.

Tesla Model X dan S Terima Integrasi Steam - Cyberpunk 2077

Kini pemilik kereta Tesla Model X dan S boleh bermain permainan Steam sementara menunggu di dalam kereta, selepas Tesla mengumumkan dua model itu menerima integrasi penuh Steam.

Tesla melalui Twitter memperlihatkan video pendek memaparkan Cyberpunk 2077 dimainkan selain menunjukkan pemain berinteraksi dengan antaramuka Steam melalui skrin sentuh Tesla.

Selain itu, Tesla melalui satu nota keluaran menyatakan, kira-kira 6000 judul yang sudah menerima sokongan untuk Steam Deck juga boleh dimainkan di Tesla dan pengguna boleh menggunakan penyegerakan awanan untuk menyambung permainan daripada peranti lain.

Sebelum ini, Tesla menguji permainan seperti Sonic the Hedgehog (1991), pelbagai judul klasik Atari dan Cuphead di Tesla dan menyatakan lebih banyak judul seperti Cyberpunk dan The Witcher 3 akan disertakan pada masa akan datang.

Tesla sebelum ini membenarkan pemandu untuk bermain permainan semasa kereta sedang bergerak tetapi, ciri ini dimatikan berikutan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Badan Keselamatan Lebuhraya Trafik Kebangsaan Amerika Syarikat.

Kini, pemandu hanya boleh bermain di dalam Tesla semasa kereta dalam keadaan berhenti.

Melalui kemaskini yang sama, Tesla memperkenalkan ciri “Dog Mod” yang membolehkan pengguna memantau anjing peliharaan di dalam kereta semasa ketiadaan pemilik dan mod pertunjukan lampu di mana membolehkan sebilangan kereta melakukan pertunjukan lampu.

Dalam Artikel Ini

Cyberpunk 2077

CD Projekt Red
Berita Berkaitan
Komen