Tarikh Pelancaran Death Stranding 2 Tertiris

Tak lama lagi.

Tarikh Pelancaran Death Stranding 2 Tertiris

Menurut satu maklumat tertiris, judul sekuel Death Stranding arahan Hideo Kojima, Death Stranding 2 dilaporkan akan dilancar sekitar 2024 untuk PlayStation 5.

Frank Aliberti, Artis Senior di PlayStation Studios Visual Arts secara tidak sengaja mendedahkan tarikh pelancaran judul itu sebelum maklumat ini dipadam daripada laman ArtStation Aliberti.

Walau bagaimanapun, warga internet lebih pantas daripada Aliberti.

Imej itu memaparkan tiga judul permainan yang dijangka akan dilancarkan sekitar 2023 dan 2024 di mana imej pertama menunjukkan Fragile sedang mengendong seorang bayi dengan latar berwarna merah serta logo PS5 diletakkan pada bahagian atas.

Death Stranding 2 dijangka dilancarkan pada 2024.

Death Stranding 2 mula diperkenalkan melalui sebuah treler yang diperlihatkan semasa acara The Game Awards 2022.

Treler itu memaparkan suasana yang penuh dramatik menampilkan Fragile yang dilakonkan oleh Lea Seydoux berinteraksi bersama seorang bayi yang baru lahir, cuba untuk melarikan diri daripada satu serangan.

Judul sekuel ini juga mengembalikan watak ikonik, Sam Bridges yang dilakonkan oleh Norman Reedus selain membawakan Elle Fanning, Shioli Kutsuna dan Troy Baker.

Dalam Artikel Ini

Death Stranding 2

Kojima Productions
  • Platform 
  • PS5
Komen