Take-Two Padam Iklan Goat Simulator 3 Kerana Guna Kandungan GTA 6 yang Tertiris

Nampak lawak, tapi tidak buat Take-Two.

Take-Two Padam Iklan Goat Simulator 3 Kerana Guna Kandungan GTA 6 yang Tertiris

Satu treler Goat Simulator 3 telah menyebabkan Take-Two Interactive, syarikat induk Rockstar Games bertindak mengenakan tindakan DMCA selepas didapati menggunakan kandungan GTA 6 yang tertiris.

Eurogamer melaporkan, Coffe Stain North melancarkan satu treler baru untuk Goat Simulator 3 melalui laman Twitter mereka sebelum ia dikenakan tindakan DMCA kerana menggunakan kandungan GTA 6 sebahagian daripada video itu.

Menurut laporan itu, treler itu memaparkan satu NPC bernama Shaun sedang ditemubual untuk wataknya sebagai satu ragdoll NPC dalam Goat Simulator 3 dan menurut Shaun dia menghadiri sebuah sekolah ragdoll paling berprestij di dunia.

Namun, selepas ditanya tentang kerja lain, Shaun berkata “benda lain dalam perancangan, lain, dunia permainan yang lebih besar. Anda boleh lihat saya dalam futej yang tertiris beberapa bulan lalu.”

Shaun kemudian menunjukkan klip video GTA 6 yang tertiris beberapa bulan lalu dengan dirinya disunting dan video itu mengakibatkan Take-Two mengambil tindakan untuk mengenakan tindakan DMCA.

September lalu, Rockstar Games mengesahkan bahawa pelbagai siri video kandungan GTA 6 telah tertiris yang diambil dari sistem dalam syarikat secara haram dan syarikat itu telah berusaha untuk memadam kandungan itu daripada terus tersebar.

Walaupun kandungan itu bocor, Rockstar menyatakan kerja pembangunan GTA 6 masih dijalankan seperti yang dirancang.

Dalam Artikel Ini

Goat Simulator 3

Coffee Stain
  • Platform 
  • PS5
  • XboxOne
  • XboxSeries
  • PC
  • PS4
Komen