Steam Replay: Saksikan Permainan Paling Kerap Anda Mainkan Sepanjang 2022

Saksikan berapa lama anda bermain di Steam sepanjang 2022.

2022 bakal melabuhkan tirai dan Steam baru-baru ini melancarkan fungsi Steam Replay 2022 bagi memperincikan bagaimana seseorang pengguna pelayan itu menghabiskan masa mereka.

Seperti Spotify Wrapped, fungsi ini memberi pengguna perspektif unik bagaimana mereka menghabiskan masa mereka di Steam sepanjang 2022 termasuk pecahan judul yang paling kerap dimainkan, jumlah sesi yang digunakan di dalam setiap permainan sepanjang tahun, platform yang dimainkan dan banyak lagi.

Selain itu, ia juga menghuraikan secara bulanan di mana pengguna boleh melihat kecenderungan permainan mereka sepanjang tahun ini. Steam juga akan memaparkan genre yang paling kerap dimainkan.

Fungsi ini juga menyediakan statistik masa bermain pengguna berbanding dengan pengguna-pengguna Steam yang lain seperti tempoh permainan dilancarkan, jumlah kejayaan yang dicapai dan banyak lagi.

Ketahui Steam Replay anda di laman Steam Replay di SINI.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen