Square Enix Tamatkan Sokongan Chocobo GP untuk Nintendo

Pemain masih boleh bermain seperti biasa.

Square Enix Tamatkan Sokongan Chocobo GP untuk Nintendo

Pembangun dan penerbit francais Final Fantasy, Square Enix mengumumkan judul ala Mario Kart, Chocobo GP tidak lagi menerima sokongan selepas Season 5.

Menurut pengumuman itu, Chocobo GP tidak lagi menerima kemaskini utama seperti karakter dan peta baharu. Penjualan Mytril, matawang premium dalam permainan juga ditamatkan serta tidak lagi sah digunakan pada 6 Januari tahun depan.

Selain itu, sistem ranking juga akan diteruskan tanpa ganjaran peringkat prize pass.

Walau bagaimanapun, barangan dalam permainan akan terus ditambah dalam Mythril Shop dan barangan yang sama akan dimasukkan ke dalam Ticket or Gil Shop bagi membolehkan pemain mendapatkan barangan tanpa menggunakan Mythril.

Walaupun judul ini tidak lagi disokong, pemain masih boleh bermain seperti biasa.

Penamatan sokongan Chocobo GP ini mungkin mengejutkan sebilangan pemain judul ala Mario Kart ini memandangkan ia dilancarkan pada 10 Mac tahun ini sebagai judul eksklusif Nintendo Switch.

Dalam Artikel Ini

Chocobo GP

Arika
  • Platform 
  • NintendoSwitch
Komen