Sports Story dilancarkan untuk Nintendo Switch

Kini tersedia!

Sports Story dilancarkan untuk Nintendo Switch

Nintendo baru-baru ini mengumumkan judul RPG sukan, Sports Story, yang kini dilancarkan untuk Switch.

Sports Story menampilkan pelbagai aktiviti sukan seperti bola sepak, sukan basikal ekstrem, golf dan banyak lagi di samping pelbagai pengembaraan menarik yang perlu diteroka.

Selain itu, pemain juga perlu mengembara di pelbagai kawasan baharu seperti Wildland dan kota bawah tanah menggunakan kereta api atau helikopter yang membawa pemain ke pelbagai pertemuan menarik.

Judul ini mula diperkenalkan pada 2019 semasa acara Nintendo Direct sebelum Sidebar Games mengumumkan pelancaran Sports Story ditangguh pada Ogos 2020.

Sports Story kini boleh dibeli melalui Nintendo eShop dengan harga AS$14.99 (kira-kira RM68.99)
Dalam Artikel Ini

Sports Story

Sidebar Games
  • Platform 
  • NintendoSwitch
Komen