Siri Aksi Nyata God of War Diumum untuk Prime Video

Cory Barlog juga akan bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Siri Aksi Nyata God of War Diumum untuk Prime Video - God of War: Ragnarok

Prime Video dengan kerjasama Sony Picture Television dan PlayStation Productions mengumumkan siri aksi nyata God of War akan ditawarkan di perkhidmatan penstriman Amazon itu.

Selain itu, Prime Video juga menyatakan siri aksi nyata itu akan diadaptasi daripada judul siri sekuel yang dibangunkan oleh Santa Monica Studios yang mengikuti pengembaraan Kratos ke alam Norse Midgard untuk membalas dendam ke atas kerajaan Yunani kuno.

Pengumuman direct-to-order ini juga mengesahkan laporan sebelum ini di mana Prime Video dilaporkan mengadakan perbincangan bersama PlayStation dalam menghasilkan siri aksi nyata ini.

Siri ini akan diarah oleh Rafe Judkins (The Wheel of Time) yang juga bertindak sebagai pengarah eksekutif selain Mark Fergus dan Hawk Ostby (Iron Man dan Children of Men) akan bertindak sebagai penulis dan pengarah eksekutif.

Tambahan, Cory Barlog juga akan bertindak sebagai penerbit eksekutif siri adaptasi ini.

“God of War adalah satu francais yang cukup menarik dan digerakkan oleh satu karakter yang kami percaya mampu menawan hati pelanggan kami selain kaya dengan penceritaan yang sangat mendalam dan cukup luas,” kata Ketua Televisyen Global Amazon Studio, Vernon Sanders.

“Kami sangat bangga dan teruja untuk bekerja bersama rakan-rakan kami di Amazon Studios dan rakan kongsi kami di PlayStation Productions untuk mengadaptasi permainan yang cukup indah ini menjadi satu siri aksi nyata yang cukup premium,” tambah Presiden Sony Picture Television Studios, Katherine Pope.

God of War mula diperkenalkan pada 2018 dan judul sekuel, God of War: Ragnarok yang dilancarkan pada tahun ini berjaya mengungguli beberapa kategori di The Game Awards 2022 selain menjadi pencabar hebat dalam senarai Game of the Year.

Selain God of War, Prime Video juga sedang melakukan penggambaran siri aksi nyata Fallout.

Dalam Artikel Ini

God of War: Ragnarok

Santa Monica Studio
  • Platform 
  • PS4
  • PS5
Berita Berkaitan
Komen