Sedang Mencari GPU Baharu? Ini Beberapa GPU yang Mungkin Menarik Minat Anda

Naik taraf kad grafik anda!

Menjelang ketibaan tahun baru, anda mungkin berkira-kira untuk menaik taraf PC anda. Dengan peningkatan bekalan dan permintaan pengguna elektronik di seluruh dunia, pasaran kad grafik juga menjadi salah satu perkakasan PC yang sangat dicari pengguna seperti anda.

Berikut adalah cadangan kad grafik yang mungkin menarik minat anda ketika melangkah ke tahun baru.

Nvidia GeForce RTX 4080

Nvidia GeForce RTX 4090 and Ada Lovelace Everything Announced

Dinobatkan kad grafik terbaik dalam penawaran ray-tracing selain mampu memberikan kadar bingkai tertinggi semasa memainkan permainan video pada resolusi 4K. Kad ini dilengkapi RAM sebesar 16GB dan Boost Clock sehingga 2.51 GHz.

RTX 4080 dijual dengan tanda harga RM6,300 termahal dalam senarai ini dan jika anda mampu dapatkan dengan harga yang lebih murah, ia sangat berbaloi.

AMD Radeon RX 7900 XTX

RX 7900 XTX adalah pesaing terdekat RTX 4080 yang baru sahaja tiba di pasaran bulan ini di mana kad ini menawarkan memori sebesar 24GB dan memberi kuasa grafik 1.7 kali lebih baik berbanding RX 6950 XT untuk resolusi 4K.

Jika bajet anda tidak mencukupi untuk membayar harga AS$999 (kira-kira RM4,999), AMD juga menawarkan RX 7900 XT yang masih mampu menandingi kemampuan RTX 4080 dengan harga sekitar AS$899 (kira-kira RM4,200).

Nvidia GeForce RTX 3080

Nvidia Apologizes For RTX 3080 Launch, Adds More Protection Against Bots

RTX 3080 dikatakan kad terbaik di dalam siri RTX 30 yang menawarkan prestasi terbaik untuk resolusi permainan sehingga 4K HDR dengan konfigurasi 10GB atau 12GB.

Kad ini diperkenalkan di pasaran dengan tanda harga AS$699 (kira-kira RM3000) dan jika anda mampu mendapatkannya dengan potongan harga, ia akan menjadi penaiktarafan yang cukup baik untuk PC anda.

Nvidia GeForce RTX 3060 Ti

Nvidia GeForce RTX 3060 Ti Founders Edition Review

Kad grafik kelas permulaan ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang masih belum pernah mencuba kad RTX.

RTX 3060 Ti dijual dengan tanda harga AS$399 (kira-kira RM1,799), kad ini sesuai di dalam bajet kebanyakan pemain permainan video dan kad ini juga tidak memerlukan sebarang proses naik taraf perkakasan seperti unit bekalan kuasa atau motherboard.

AMD Radeon RX 5800 XT

RX 5800 XT adalah salah satu kad grafik kelas pertengahan terbaik yang mampu memberikan prestasi setanding RTX 3070 pada harga MSRP AS$399 (kira-kira 1,799).

Walaupun RTX 3070 mampu menawarkan prestasi 45 peratus lebih pantas pada resolusi 1440p, RX 5800 XT masih mampu menawarkan lebih bingkai berbanding 60 FPS pada resolusi yang sama.

Nvidia GeForce GTX 1080 Ti

Walaupun kad ini dilancarkan pada 2016, kad ini masih mampu memberikan operasi raster yang terbaik selain mampu memainkan permainan 1080p dan 1440p dengan baik.

Jika anda baru mahu mencuba untuk membina PC dan bajet anda tidak mencukupi, GTX 1080 Ti adalah pilihan bajet yang cukup baik. Ia kini ditawarkan dengan harga sekitar AS$380 (kira-kira RM1,699) sama ada model baru atau terpakai.

Intel Arc A770

Intel adalah pendatang baharu di dalam pasaran kad grafik, menawarkan Intel Arc A770 sebagai percubaan pertamanya.

Intel Arc A770 menawarkan konfigurasi VRAM GDDR6 sebesar 16GB yang memberikan prestasi setanding Nvidia GeForce RTX 3060 selain menyokong ray-tracing pada resolusi 1080p. Ia dijual dengan harga MSRP AS$349 (kira-kira RM1,699).

Komen