Resident Evil Village VR Tiba 22 Februari Sebagai DLC Percuma

Menjejak ke realiti maya penuh mimpi ngeri.

Mod realiti maya Resident Evil Village akan dilancarkan sebagai DLC Percuma pada 22 Februari, iaitu pada tarikh yang sama PlayStation VR2 dilancarkan.

Mereka yang sudah memiliki Resident Evil Village versi asal di PlayStation 5 boleh memuat turun dan boleh dimainkan secara percuma jika mereka memiliki PS VR2.

Mod VR ini diumumkan pada Jun lalu dan akan menyokong semua kempen di Resident Evil Village.

Berikut adalah sinopsis rasmi dari Capcom:

“Pengembaraan yang lebih mendalam dan menakjubkan menanti dengan PlayStation VR2 di mana perjalanan Ethan Winters memanfaatkan sepenuhnya fungsi canggih set kepala itu.

“VR Mode memanfaatkan paparan 4K HDR, penjejak mata dan audio 3D untuk menjadikan pengalaman Resident Evil Village lebih realistik dan mendebarkan.

“Selami suasana kampung yang penuh perincian dengan realiti maya termasuk, ruang berhias di Castle Dimitrescu dan bersedia untuk berasa seperti makhluk kerdil dengan watak dan makhluk yang lebih besar daripada kehidupan lain yang bersembunyi di dalamnya.”

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen