PUBG Mobile Tubuh Label Rekod Muzik, Beat Drop

Projek muzik istimewa akan dilancarkan 30 Disember.

PUBG Mobile Tubuh Label Rekod Muzik, Beat Drop

Selepas kejayaan konsert maya PUBG Mobile menampilkan BLACKPINK yang berlangsung Ogos lalu, judul battle royale itu mengumumkan penubuhan satu label rekod muzik, Beat Drop bagi memudahkan pemain menikmati muzik ketika bermain.

Menurut laporan The Verge, label muzik PUBG Mobile mensasarkan untuk mengetengahkan bakat artis baru ke mata dunia dan menghasilkan trek terbaik menampilkan ikon terkenal serta menawarkan muzik-muzik yang terbaik untuk pemain PUBG Mobile.

Selain itu, Beat Drop juga memberikan jalur masa projek muzik istimewa Beat Drop serta menyatakan satu kolaborasi bersama seorang DJ akan didedahkan pada 20 Disember dan sebuah lagu tema akan dilancarkan pada 30 Disember.

PUBG Mobile mula memperkenalkan kolaborasi muzik bersama beberapa artis ternama dunia seperti DJ Alan Walker dan BLACKPINK serta menganjurkan konsert maya Ogos lalu bersama bintang K-pop itu melalui lagu ‘Ready For Love’.

Pada 2020, PUBG Mobile juga pernah memperkenalkan kumpulan rock, Power4 yang boleh didengarkan dalam permainan.

Melalui kejayaan konsert maya dan lagu-lagu yang dihasilkan PUBG Mobile melalui Beat Drop, tidak mustahil untuk judul perkhidmatan langsung untuk melancarkan label rekod mereka sendiri pada masa depan.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen