PlayStation Cadang Sekurang-kurangnya 32GB RAM Untuk Main Returnal di PC

Lebih banyak berbanding judul yang lebih intensif.

PlayStation Cadang Sekurang-kurangnya 32GB RAM Untuk Main Returnal di PC

Sony mencadangkan pemain memerlukan sekurang-kurangnya 32GB RAM untuk bermain Returnal di PC walaupun keperluan minimum sebanyak 16GB.

Wccftech menemui satu hantaran di halaman Steam mencadangkan pemain Returnal versi PC memerlukan RAM sekurang-kurangnya 32GB iaitu lebih banyak berbanding judul-judul intensif yang lain seperti Microsoft Flight Simulator, Elden Ring dan Cyberpunk 2077.

Manakala, cip pemprosesan minima yang diperlukan ialah Intel Core i5-6400 atau AMD Ryzen 5 1500X dan kad grafik minima Nvidia GeForce GTX1060 atau AMD Radeon RX580 serta ruang storan minima 60GB.

Bagi spesifikasi yang disyorkan untuk pemain ialah, cip Intel i7-8700 atau AMD Ryzen 7 2700X dan grafik Nvidia RTX 2070 Super atau AMD RX6700 XT.

Walau bagaimanapun, Returnal versi PC tidak menyokong permainan silang dengan pemain PlayStation 5 terutamanya untuk mod tanpa had, Tower of Sisyphus.

Returnal versi PlayStation dilancarkan pada 30 April tahun lalu, sementara Returnal versi PC dibangunkan oleh Climax Studios dan pembangun Housemarque secara rasmi diumumkan di acara The Game Awards 2022.

Dalam Artikel Ini

Returnal

Housemarque
  • Platform 
  • PS5
  • PC
Komen