Permainan Mudah Alih Crash Bandicoot: On The Run Akan Ditamatkan

Perkhidmatan tamat 16 Februari.

Permainan Mudah Alih Crash Bandicoot: On The Run Akan Ditamatkan

Pembangun Candy Crush, King baru-baru ini mengumumkan perkhidmatan permainan mudah alih Crash Bandicoot: On The Run akan ditamatkan pada 16 Februari tahun depan.

Pengumuman penamatan perkhidmatan itu diumumkan melalui satu hantaran di laman Facebook permainan itu.

“Peminat Crash, dengan berat hati kami memaklumkan pada 16 Februari tahun depan, perkhidmatan untuk permainan ini akan ditamatkan.

“Pada tarikh itu, pelayan permainan akan ditamatkan dan permainan tidak lagi boleh dimainkan,” umum King.

Selain itu, sebarang proses pembelian dalam permainan akan ditamatkan bermula 19 Disember ini dan pemain perlu menghabiskan kristal ungu sehingga pelayan permainan itu ditutup.

“Bermula 19 Disember 2022, semua pembelian dalam permainan akan dihentikan. Sebarang pembelian yang telah dibuat, anda perlu menggunakan semua kristal ungu dalam permainan hingga 16 Februari 2023,” tambah King.

Crash Bandicoot: On The Run dilancarkan pada Mac 2021 dan pernah mencatatkan lapan juta muat turun pada hari pertama selain berjaya menjana AS$700,000 (kira-kira RM) pada minggu pertama pelancaran.

Walau bagaimanapun, pihak King telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan permainan ini dan pemain diberi tempoh dua bulan untuk membuat larian terakhir di dalam On The Run.

Dalam Artikel Ini
Komen