Penyanyi Rap Ini Beli Puluhan Permainan Retro, Tular di Instagram

Barang lama yang berharga.

Judul-judul permainan retro cukup dikenali dengan harga yang mahal sehingga mengecewakan penggemar-penggemar permainan.

Selain daripada sukar didapati, keadaan permainan itu juga memainkan peranan penting harga yang ditetapkan di mana jika anda membeli satu salinan baharu permainan klasik NES anda mungkin dikenakan harga premium.

Tambahan, pemain juga perlu bergantung kepada emulator untuk bermain judul-judul klasik ini.

Penyanyi rap, Lil Yachty salah seorang penggemar judul permainan klasik telah tular di Instagram selepas membeli puluhan judul permainan retro melalui penjual permainan DKOldies.

DKOldies yang menerima tempahan itu menghasilkan satu video selepas diminta oleh penyanyi rap itu.

Antara judul yang dibeli adalah, Marvel vs Capcom 2, Halo, Spongebob SquarePants: Battle for Bikini Bottom, Mortal Kombat, Tony Hawk’s Pro Skater 2, Star Wars Battlefront 2, Spider-Man, satu salinan Donkey Kong Country dan banyak lagi.

Manakala Lil Yachty kelihatan sangat senang hati dengan pembelian yang dilakukan dengan menyatakan ia sebagai salah satu kejayaan di dalam hidupnya.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen