Pengembaraan Ash dan Pikachu Berakhir, Memperkenalkan Dua Protagonis Baru

Berakhirlah sudah kisah mereka.

Duo ikonik terkenal, Ash Ketchum dan Pikachu dilaporkan berundur dari dunia Pokemon selepas 25 tahun menjadi bintang utama siri anime itu.

Satu siri baharu yang akan ditayangkan pada tahun depan selepas Pokemon Ultimate Journey: The Series akan menampilkan dua bintang protagonis baharu iaitu Liko dan Roy (bagi versi Bahasa Jepun) di samping tiga Pokemon permulaan Paldea iaitu, Sprigatito, Fuecoco dan Quaxly.

Manakala buat Ash, selepas 25 tahun dia akhirnya dinobatkan sebagai pelatih Pokemon terbaik dunia setelah menewaskan pihak musuh di Pokemon World Coronation Series Master Eight Tournament.

Bahkan, Pokemon Ultimate Journey: The Series juga bakal melabuhkan tirai di Jepun dan beberapa episod istimewa bagi memperingati pengembaraan Ash dan Pikachu selama 25 tahun akan ditayangkan.

Bagi anda yang membesar bersama Ash dan Pikachu, pengakhiran ini adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen