Pengarah Last of Us Acah Judul Baharu PS5

Mungkin IP baharu, mungkin sekuel The Last of Us Part II.

Pengarah francais The Last of Us, Neil Druckmann, baru-baru ini dikatakan mengacah serba sedikit tentang projek baharunya bersama studio Naughty Dog.

Menurut laporan Comic Book, Druckmann melalui laporan The New Yorker mengatakan bahawa judul baharu Naughty Dog ini memiliki struktur seperti siri rancangan TV berbanding judul-judul Naughty Dog yang lain.

Selain itu, melalui projek baharu ini Druckmann kini memiliki pasukan penulis tersendiri berbanding permainan video sebelum ini di mana kebanyakan skrip dan penceritaan ditulis secara solo.

Druckmann merupakan antara pengarah yang cukup berbakat dan paling menonjol dalam industri permainan video.

Walau bagaimanapun, Druckmann tidak memperincikan sebarang maklumat mengenai permainan baharu ini sama ada ia adalah IP baharu PlayStation atau sekuel The Last of Us Part II.

Dalam Artikel Ini

The Last of Us Part II

Naughty Dog Software
  • Platform 
  • PS4
Komen