Pencipta Super Smash Bros Sahkan Dia Separuh Bersara

Merasakan kehidupannya akan berakhir jika dia masih teruskan membangunkan permainan.

Pencipta Super Smash Bros Sahkan Dia Separuh Bersara - Super Smash Bros.

Masahiro Sakurai, pencipta Super Smash Bros mengesahkan bahawa dia kini separuh bersara dan tidak lagi membangunkan permainan sepenuh masa.

Berita ini dikongsikan melalui satu temuramah bersama Denfaminigogamer.jp dan diterjemah oleh pengguna Twitter, PushDustIn, di mana Sakurai merasakan kehidupannya akan berakhir tanpa dia sedari jika dia masih meneruskan pembangunan permainan.

Stress dan masalah kesihatan yang dihadapinya menjadi faktor yang mendorong kepada persaraan Sakurai.

Walaupun sudah bersara, Sakurai dikatakan hanya akan terlibat sebagai sokongan, berkemungkinan membangunkan projek berskala lebih kecil atau mungkin menghasilkan kandungan baharu di saluran YouTubenya - Masahiro Sakurai on Creating Games.

Super Smash Bros mula diperkenalkan pada 1999 untuk Nintendo 64 di mana judul ini adalah judul pertarungan yang menampilkan karakter-karakter ikonik Nintendo seperti Mario, Link, Donkey Kong dan ramai lagi.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen