Peminat Sangka Video Acah GTA Online Sebagai GTA 6

Sekurang-kurangnya, ada DLC baharu.

Langkah Rockstar Games melancarkan satu video acah untuk kemaskini DLC baharu GTA Online ternyata telah memberi pengharapan kepada peminat francais itu tentang judul sekuel Grand Theft Auto VI.

Hantaran tanpa kapsyen itu dikongsi melalui laman Twitter Rockstar, memaparkan logo syarikat dengan animasi warna-warna psychedelic dan hantaran ini telah menyebabkan peminat teruja serta menjangka bahawa video itu mempunyai kaitan dengan judul GTA 6.

Namun, harapan mereka lebur apabila Rockstar turut kongsikan video yang sama di saluran YouTube di mana animasi warna-warni itu bertujuan sebagai promosi untuk kemaskini DLC GTA Online berjudul, Los Santos Drug Wars.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan GTA 6 akan dilancarkan sekitar 2024 selepas pihak Microsoft melalui satu kenyataan balas terhadap Sony sebagai pesaing di dalam industri permainan video semasa proses pengambilalihan Microsoft ke atas Activision Blizzard.

Walau bagaimanapun, pihak Rockstar masih belum memberi sebarang maklumat atau kemaskini baharu pembangunan GTA 6.

Dalam Artikel Ini

Grand Theft Auto Online

Rockstar Games
  • Platform 
  • PS3
  • XboxOne
  • PS4
  • PC
  • PS5
  • XboxSeries
Komen