Peminat Menambah Baik Permainan Penembak Klasik Star Wars: Dark Forces

Permainan klasik dengan pengalaman moden.

Sebuah judul penembak klasik Star Wars: Dark Forces menerima penambahbaikan menggunakan The Force Engine yang dibangunkan oleh peminat.

The Force Engine dibangunkan dengan menulis semula Jedi Engine yang dibangunkan oleh LucasArt pada tahun 1990-an bertujuan untuk menggantikan emulator DosBox yang digunakan di dalam Dark Forces asal versi Steam.

Enjin baharu ini mampu meningkatkan sokongan resolusi paparan dari 320x200 hingga 4K selain menyokong paparan ultra lebar.

[gambar]

Selain itu, penambahbaikan ini juga menambah beberapa ciri moden seperti mouselook penuh, reticle sasaran dan sistem simpanan data baharu. Sistem ini boleh dimatikan untuk pengalaman vintaj Dark Forces.

Dark Force adalah judul penembak pertama berlatarkan dunia Star Wars dilancarkan pada 1995 yang menjadi perkenalan pertama Dark Troopers. Ia turut ditampilkan dalam pelbagai siri fiksyen Star Wars termasuk The Mandalorian.


Bagi mereka yang mahu menggunakan The Force Engine, pemain perlu memiliki salinan Dark Forces dan memuat turun The Force Engine dari GitHub.
Dalam Artikel Ini
  • Platform 
  • PC
  • Macintosh
  • PS3
Komen