Peminat Anggap Ini Petunjuk Baharu GTA 6

Mungkin ini Easter Egg untuk GTA 6. Mungkin bukan.

Seorang peminat francais Grand Theft Auto dikatakan menemui satu petunjuk baharu GTA 6 yang mungkin disembunyikan oleh Rockstar Games melalui satu video pendek ucapan ‘Selamat Bercuti’ studio itu.

Rockstars melalui Twitter rasmi mereka menghantar satu ucapan “Selamat Bercuti” disertakan satu video pendek yang memaparkan perhiasan pokok krismas serta buku lima tembaga, pisau cukur, bom tangan dan satu model helikopter.

Pengguna Twitter, Skynex bagaimanapun menganggap ucapan itu sebagai salah satu cara studio itu memberi petunjuk bagi GTA 6 di mana dia membandingkan model helikopter yang dipaparkan dengan model-model helikopter yang pernah digunakan di dalam francais GTA.

Selain itu, satu model helikopter Miami-Dade juga dimasukkan di dalam senarai perbandingan itu dan mendapati ia memiliki persamaan.

Jika benar helikopter ini sebagai petunjuk baharu untuk GTA 6, berkemungkinan judul sekuel itu akan berlatarkan bandar seperti Vice City memandangkan Vice City diinspirasikan dari Miami.

Walau bagaimanapun, ia hanyalah anggapan peminat yang masih menunggu perkembangan baharu GTA 6 memandangkan petunjuk ini masih samar-samar di samping tiada maklumat yang dikongsi oleh pihak Rockstar.

Sebelum ini, dilaporkan pihak Microsoft semasa maklum balas proses siasatan pengambilalihan Activision-Blizzard mendakwa GTA 6 akan dilancarkan sekitar 2024. Jadi masih banyak masa untuk pihak Rockstar melakukan perubahan di dalam permainan itu sehingga ia dilancarkan kelak.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen