Pembangun Indie Indonesia Umum Permainan Bertemakan Angkasa

Teroka angkasa ditemani kucing angkasa.

Pembangun Indie Indonesia Umum Permainan Bertemakan Angkasa - SEA Indie Games

Pembangun judul SAMUDERA, Khayalan Arts yang juga pembangun permainan indie berpangkalan di Indonesia baru-baru ini melancarkan permainan pengembaraan baharu bertemakan angkasa lepas, I Need Space.

Permainan ini membolehkan pemain meneroka angkasa lepas yang berlatarkan zaman Celestial Pandemic sebagai seorang angkasawan yang ditemani seekor Cosmicat memiliki corak unik seperti nebula.

Selain itu, pemain juga perlu menyelesaikan pelbagai teka-teki yang memerlukan kepintaran fizik disediakan di dalam permainan ini bagi menyelesaikan misi mencabar.

Demo penuh I Need Space akan dilancarkan sekitar suku pertama 2023 untuk platform PC dan konsol.

Sebarang maklumat lanjut mengenai I Need Space dan projek Khayalan Arts yang lain sila layari laman rasmi mereka di SINI.
Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen