Pelakon Suara Vincent Valentine Tidak Kembali untuk FFVII Rebirth

Permulaan baharu.

Bekas pelakon suara Vincent Valentine, Steve Blum mengumumkan bahawa dia tidak akan kembali sebagai watak ikonik itu di dalam judul sekuel FFVII Remake, Final Fantasy VII Rebirth.

Hal ini didedahkan oleh Steve Blum apabila seorang peminat bertanya sama ada dia akan kembali untuk Rebirth di mana dia menjawab ia sudah disusun semula.

Walaupun Blum tidak akan kembali sebagai Vincent Valentine untuk FFVII Rebirth, dia telah meminjamkan suaranya untuk karakter itu untuk filem Final Fantasy VII Advent Children dan permainan video iaitu Dirge of Cerberus: Final Fantasy VII.

Selain itu, Blum juga pernah meminjamkan suaranya untuk beberapa karakter Final Fantasy yang lain seperti Ramuh dalam Chocobo GP, Verstael Besithia dalam FFXV dan Cid dalam Final Fantasy Type-0.

Tambahan, dia juga pernah muncul sebagai Spike Spiegel dalam Cowboy Bebop, Toru Higashi dalam Judgement and Lost Judgement dan Orochimaru dalam Naruto.

Namun, buat masa ini tiada kepastian sama ada watak ini akan muncul dalam FFVII Rebirth memandang pihak Square Enix tidak mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai judul sekuel ini.

Final Fantasy VII Rebirth adalah sekuel bagi trilogi Remake, dijangka akan dilancarkan di PlayStation 5 sekitar musim sejuk tahun depan.

Dalam Artikel Ini
  • Platform 
  • PS5
Komen