Pelakon Suara Deathloop Beri Petunjuk Judul DLC Sedang Dibangunkan

Tersasul pula.

Jika benar petunjuk yang diberi oleh pelakon suara, Jason Kelly, Deathloop mungkin bakal menerima judul DLC atau sekuel pada masa akan datang.

Hal ini dikongsikan semasa satu temubual bersama Streamily.com oleh pelakon suara Deathloop, Jason Kelly yang melakonkan suara Colt Vahn dan Ozioma Akagha yang membawa watak Julianna.

Semasa ditanya oleh Streamily tentang kod nama yang mereka gunakan semasa bekerja untuk Deathloop, pelakon suara itu tanpa sengaja berkongsikan sedikit maklumat bahawa dia akan kembali untuk judul baharu permainan itu.

“Saya tak boleh kata apa-apa sebab mereka masih mengupah kami menggunakan kod nama,” kata Kelley yang kelihatan terkejut selepas memberi jawapan itu.

Manakala Akagha membandingkan dirinya dengan Tom Holland yang cukup dikenali sebagai pembocor rahsia tentang projek yang mereka sertai.

“Saya [ibarat] Tom Holland dalam pelbagai perkara. Mereka tidak beri tahu saya apa-apa sebab saya tidak tahu bagaimana untuk tutup mulut,” katanya.

Walau bagaimanapun, pihak penerbit Bethesda atau pembangun Arkane Studios masih belum memberi sebagai pengumuman rasmi mengenai judul baharu Deathloop ini.

Deathloop adalah judul penembak orang pertama kini tersedia di platform PlayStation 5, Xbox Series X/S Xbox Game Pass dan PC melalui Steam.

Dalam Artikel Ini
Komen