Pameran Demon Slayer Di Malaysia Februari Ini

Saksikan Demon Slayer secara dekat!

Pameran Demon Slayer Di Malaysia Februari Ini - Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition

Selepas menerima sambutan hebat di Jepun dan Taiwan, siri anime terkenal, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba meneruskan jelajah Asia mereka di Asia Tenggara dengan menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah.

Pameran Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition akan dianjurkan di Level 2, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 18 Februari hingga 18 Mei di mana pameran akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Sepanjang pameran ini, pengunjung akan berpeluang menyaksikan model Pedang Nichirin, pengenalan untuk pakaian seragam dan pasukan Demon Slayer Squad, mekanisma unik Infinity Castle, tayangan pertarungan di Mount Natagumo dan ilustrasi oleh Akira Matsushima.

Selain itu, pameran juga menambah dua zon khas Shinobu & Kanao dan Mugen Train Arc. Manakala, pengunjung yang menyertai permainan interaktif mudah alih akan menerima satu sijil Demon Slayer Corp edisi terhad.

Tiket Kemasukan

Tiket kemasukan akan dijual bermula 18 Februari hingga 18 Mei dengan harga RM48 untuk dewasa dan RM38 bagi pengunjung berumur 12 tahun dan ke bawah.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan tiket lebih awal, penganjur menawarkan potongan harga sebanyak 21 peratus bagi tiket kemasukan bagi mereka yang mendapatkan tiket Early Bird bermula 13 hingga 19 Januari.

Selain itu, mereka juga menawarkan promosi pra-jualan tiket dari 20 Januari hingga 17 Februari dengan harga RM42.

Bagi maklumat lanjut untuk harga jualan tiket dan promosi, sila layari laman Facebook rasmi ACO MEDIA Malaysia.

Bagi peminat atau pengunjung yang mahu mengunjungi pameran Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition, anda boleh membuat pembelian tiket di SINI.

Komen