Overwatch World Cup Kembali 2023

Kali terakhir dianjurkan pada 2019.

Overwatch World Cup Kembali 2023 - Overwatch 2

Selepas dua tahun, Activision Blizzard baru-baru ini mengumumkan kejohanan professional Overwatch, Overwatch World Cup akan kembali berlangsung pada musim luruh tahun depan.

Berikut adalah jalur masa bagi Overwatch World Cup 2023 yang disediakan pihak Blizzard.

Blizzard melalui blog rasmi Overwatch mengumumkan bahawa 36 buah negara dan rantau akan sertai Overwatch World Cup 2023 selain permohonan jawatankuasa untuk pertandingan juga akan dibuka pada Januari tahun depan.

Fungsi jawatankuasa pertandingan ini adalah untuk merancang percubaan untuk negara dan rantau masing-masing mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Blizzard.

Selain itu, Blizzard akan menganjurkan kejohanan terbuka iaitu World Cup Trial pada Februari di peringkat negara dan rantau masing-masing bagi menentukan pasukan yang layak untuk sertai World Cup Qualifier pada Jun.

Semasa kejohanan kelayakan World Cup Qualifier, 36 pasukan daripada setiap negara dan rantau akan bertanding untuk menentukan 16 pasukan yang layak untuk merebut kedudukan di Overwatch World Cup Group Stage sebelum menjulang pingat juara dunia di peringkat Akhir.

“Sama ada anda pemain profesional, bercita-cita untuk bermain secara profesional atau pemain kasual, terdapat banyak cara untuk anda sertai,” kata Blizzard.


Sebarang maklumat terperinci tentang Overwatch World Cup 2023, sila layari SINI.
Dalam Artikel Ini

Overwatch 2

Blizzard Entertainment
  • Platform 
  • NintendoSwitch
  • PC
  • XboxOne
  • PS4
Berita Berkaitan
Komen