Microsoft Bakal Perkenal Langganan Beriklan Xbox Game Pass?

Demi harga lebih berpatutan.

Microsoft Bakal Perkenal Langganan Beriklan Xbox Game Pass?

Microsoft dikatakan bakal memperkenalkan langganan beriklan untuk Xbox Game Pass.

Windows Central melalui satu pertemuan di ResetEra, melaporkan terdapat satu tinjauan yang diedarkan kepada sebilangan pengguna Xbox yang bertanyakan pendapat mereka mengenai penambahan tahap langganan baharu untuk Xbox Game Pass.

Sumber: Reset Era

Salah satu daripada soalan tinjauan itu adalah sama ada pemain akan membayar bayaran yang rendah tetapi masih boleh mengakses judul pihak pertama Xbox dengan kelewatan sehingga enam bulan berbanding Xbox Live Gold.

Berbanding tahap langganan Xbox Live Gold yang ditawarkan dengan harga AS$10 (kira-kira RM45) sebulan, tahap langganan beriklan ini dijangka akan mengurangkan pelbagai ciri eksklusif bagi menawarkan harga langganan lebih murah.

Walau bagaimanapun, buat masa ini hal ini masih lagi khabar angin dan pihak Microsoft masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tahap langganan beriklan.

Dalam Artikel Ini
Komen