Konami Bakal Hasilkan Semula Metal Gear Solid?

Sama-sama kita nantikan.

Metal Gear Solid mungkin bakal menerima sentuhan baharu dan bakal dilancarkan tahun depan.

Hal ini dikongsikan oleh Penerbit Konami, Noriaki Okamura semasa temubual tahunan bersama Famitsu, yang diterjemah oleh Gematsu di mana Okamura memberi sedikit gambaran apa yang akan tiba sepanjang tahun depan.

Melalui temubual itu, Okamura mewakili Konami Digital Entertainment menyatakan kata kunci bagi 2023 adalah “lama dinantikan”.

“Selain daripada [Momotaro Dentetsu edisi pendidikan yang diumum tahun lalu], 2023 akan menjadi tahun yang banyak pengumuman! Nantikan!” kata Okamura.

Menurut TheGamer, perkongsian ini menunjukkan Okamura dan Konami mungkin akan mengumumkan projek tidak diketahui ramai berbanding menggembar-gemburkan projek yang sudah diumumkan.

Tambahan, Okamura juga pernah terlibat secara langsung dalam pembangunan francais Metal Gear Solid.

Mengenai projek yang pernah diumumkan, Oktober lalu, Konami mengumumkan Silent Hill 2 Remake yang bakal dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam. Namun, pengumuman itu tidak menyatakan tarikh pelancaran secara spesifik.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen