Kerana Marah Kalah dalam Call of Duty: Warzone, Penstrim Twitch Ini Terkehel Lutut

Tenang, bang.

Seorang penstrim di platform Twitch tular selepas terkehel lututnya dalam satu perlawanan sengit di dalam Call of Duty kerana marah.

Penstrim Twitch, TheDannyHammer melepaskan amarahnya selepas tewas di dalam perlawanan battle royale Call of Duty: Warzone di mana dia mendapat tempat kedua kerana kecewa ditinggalkan oleh ahli skuadnya.

Danny kemudiannya berdiri dan melepaskan kemarahannya dengan mencederakan sendi tubuhnya. Dia kemudiannya rebah di lantai dalam rasa sakit dan menyatakan kakinya sudah patah.

Amaran: Klip ini tidak sesuai untuk semua dan mungkin mengganggu sesetengah pembaca.

Danny menyatakan kini dia telah pulih sepenuhnya daripada insiden itu.

Klip itu dilaporkan adalah klip lama yang diambil pada tahun lalu di mana Danny mendedahkan melalui Twitternya dia hanya kongsikan klip itu baru-baru ini.

Bahkan, Danny juga di dalam pasukan Tentera Laut dan rakan sepasukannya juga berdukacita dengan insiden yang berlaku ke atasnya.

Dalam Artikel Ini

Call of Duty: Warzone

Infinity Ward
  • Platform 
  • PS4
  • XboxOne
  • PC
Komen