Kejohanan Yo-Yo Malaysia Kembali, Kini Secara Fizikal

Selepas dianjurkan secara dalam talian.

Kejohanan Yo-Yo Malaysia Kembali, Kini Secara Fizikal - Malaysia Yo-yo Championships

Selepas dua tahun dianjurkan secara dalam talian, Malaysia Yo-yo Championships kembali secara fizikal Sabtu, 17 Disember ini bertempat di Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur.

Kali terakhir kejohanan tahunan itu dianjurkan secara fizikal pada 2019 sebelum terpaksa dianjurkan secara dalam talian pada 2020 dan 2021 akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Tahun ini, kejohanan ini akan dianjurkan di Lalaport Bukit Bintang City Centre, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah:

  • 1A - Solo tidak bertindak balas. Pemain diperlukan mengguna hanya satu yo-yo tidak bertindak balas.
  • 2A - Duo bertindak balas. Pemain diperlukan mengguna dua yo-yo bertindak balas.
  • 3A - Duo tidak bertindak balas. Pemain diperlukan mengguna dua yo-yo tidak bertindak balas.
  • 4A - Off-string. Pemain diperlukan menggunakan yoyo off-string yang direka khas, dan tidak ada had kepada berapa yo-yo tanpa tali yang boleh digunakan.
  • 5A - Off-hand. Pemain perlu meletakkan satu pemberat pengimbang berat khas pada satu yo-yo tidak bertindak balas pada tali.
  • Antarabangsa - Kategori untuk peserta bukan warganegara Malaysia.

Kejohanan ini berlangsung dengan sokongan tajaan daripada pelbagai syarikat yo-yo dan kendama seperti

  • Turning Point
  • Duncan
  • Playaz
  • W.O.L Kendama
  • sOMEThING
  • VOSUN
  • Mowl
  • C3yoyodesign
  • YOYOFORMULA
  • MAGICYOYO
  • Kedaiyoyo

Selain kejohanan, pelbagai gerai-gerai yo-yo juga akan didirikan di sekitar venue kejohanan itu di mana peminat dan pemain yo-yo boleh membeli yo-yo dan pelbagai aksesori yo-yo yang menarik.

Orang ramai yang mahu mencari hobi baharu atau berminat dengan yo-yo dijemput untuk hadiri kejohanan ini dan acara Malaysia Yo-yo Championship 2022 akan mula berlangsung pada 10am serta masuk adalah percuma.


Untuk maklumat lanjut, layari laman Kumpulan Facebook Malaysia Yo-yo Association.
Komen