Judul Permainan PlayStation Plus Bagi Januari 2023 Diumum

Judul-judul ini tersedia bermula 3 Januari hingga 6 Februari.

Sony Interactive Entertainment secara rasmi mengumumkan judul permainan bagi pelanggan PlayStation Plus Januari 2023 iaitu Star Wars Jedi: Fallen Order, Fallout 76 dan Axion Verge 2.

Menurut pengumuman di PlayStation.Blog, ketiga-tiga judul ini akan tersedia bermula 3 Januari hingga 6 Februari untuk semua ahli PlayStation Plus Essential, Extra dan Premium.

Star Wars Jedi: Fallen Order untuk PS4 dan PS5 adalah judul pertama yang ditampilkan untuk PlayStation Plus Januari 2023 dan ia tiba bertepatan untuk peminat yang mahu bersedia sebelum Star Wars Jedi: Survivor dilancarkan pada 17 Mac tahun depan.

Seterusnya adalah Fallout 76 iaitu judul prekuel bagi francais Fallout yang membolehkan pemain dari seluruh dunia bekerjasama atau sebaliknya, untuk meneruskan kelangsungan hidup di dalam dunia pasca apokalips nuklear.

Fallout 76 dilancarkan pada 2018 masih menerima sokongan dan kemaskini serta kandungan baharu oleh Bethesda.

Axiom Verge 2 untuk PS4 dan PS5 adalah kesinambungan bagi judul aksi 2D ala retro yang memberi penghormatan kepada permainan seperti Metroid sementara mengekalkan identiti uniknya tersendiri.

Juga diingatkan, sementara anda menunggu, anda masih boleh memuat turun permainan PlayStation Plus bagi Disember 2022 sehingga 2 Januari iaitu, Divine Knockout: Founder’s Edition, Mass Effect Legendary Edition dan Biomutant.

Dalam Artikel Ini

Star Wars Jedi: Fallen Order

Respawn Entertainment
  • Platform 
  • PS4
  • PC
  • XboxOne
  • PS5
  • XboxSeries
Komen