James Cameron Kata Sebuah Filem Reboot Terminator Kini Dalam Perbincangan

Mahu fokus kepada sudut AI robot.

James Cameron Kata Sebuah Filem Reboot Terminator Kini Dalam Perbincangan - Terminator: Dark Fate

James Cameron mendedahkan sebuah filem reboot Terminator kini dalam proses perbincangan.

Semasa penampilannya di podsiar Smartless, Cameron membincangkan semua perkara termasuk kecerdasan buatan yang membawanya kepada topik Terminator di mana dia akui pernah terfikir untuk melancarkan semula francais itu tetapi tiada apa yang diputuskan buat masa ini.

Selain itu, Cameron juga membincangkan minatnya untuk meneroka fungsi AI pada layar perak.

“Jika saya hasilkan sebuah filem Terminator dan mungkin cuba untuk melancarkan semula francais itu, yang mana masih dalam perbincangan tetapi masih tiada apa yang diputuskan, saya mungkin mengetengahkan sudut AI itu sendiri berbanding robot jahat yang menggila,” katanya.

Filem terakhir francais itu yang diarah Cameron adalah Terminator 2: Judgement Day. Dia tidak terlibat secara langsung di dalam tiga sekuel seterusnya tetapi kembali sebagai penerbit untuk Terminator: Dark Fate.

“Filem itu boleh berjaya dengan Linda di dalamnya. Saya rasa ia boleh berjaya dengan Arnold di dalamnya, tetapi bila anda letak Linda dan Arnold di dalamnya, anda tahu bahawa Linda berusia 60-an dan Arnold sekitar 70-an secara tiba-tiba ia bukan filem Terminator anda lagi, ia bukan Terminator ayah anda tetapi Terminator atuk anda,” tambahnya.

Terminator: Dark Fate berjaya mengutip box office AS$250 juta (kira-kira RM1.107 billion) dengan bajet produksi AS$185 juta (kira-kira RM819 juta) selain bayaran pemasaran dan pengedaran ke pasaran global sekitar AS$80 juta hingga AS$100 juta.

Filem Terminator Dark Fate juga diterima dengan positif daripada pengkritik.

Dalam Artikel Ini

Terminator: Dark Fate

Twentieth Century Fox Film Corporation
Komen