Guerrilla Sahkan Permainan Horizon Multiplayer

Buru haiwan robotik bersama rakan anda.

Guerrilla Sahkan Permainan Horizon Multiplayer - Horizon: Call of the Mountain

Guerilla mengesahkan bahawa studio itu sedang membangunkan permainan berbilang pemain yang berlatarkan dunia Horizon dan akan menampilkan barisan karakter baharu dan gaya seni baharu.

Melalui satu iklan kerja di Twitter, studio berpangkalan di Amsterdam, Belanda itu sedang mencari individu untuk mengisi kekosongan bagi satu pasukan dalaman yang bertanggungjawab dalam membangunkan set Online Project yang berlatarkan dunia Horizon.

Iklan itu juga menyatakan, bahawa permainan itu “akan menampilkan barisan karakter baru dan gaya penuh unik, rakan-rakan boleh sertai untuk meneroka dunia Horizon yang menakjubkan bersama.”

Khabar angin mengenai judul berbilang pemain Horizon ini sudah berterbangan sejak awal tahun lalu.

Selain itu, studio itu juga sedang mencari pereka naratif yang bertanggungjawab dalam penceritaan permainan, penulis permainan yang bertanggungjawab dalam menetapkan misi, puak dan kisah-kisah dan ketua pereka kombat yang bertanggungjawab dalam mereka pelbagai musuh bagi menawarkan kombat yang sesuai dengan elemen berbilang pemain.

Selain judul berbilang pemain, PlayStation VR2 akan dilancarkan pada 22 Februari tahun depan dan akan menampilkan sebuah judul realiti maya, Horizon: Call of the Mountain.

Dalam Artikel Ini
  • Platform 
  • PS5
Berita Berkaitan
Komen