Filem Death Stranding Kini Dalam Pembangunan

Bakal memperkenalkan elemen dan karakter baharu dunia Death Stranding.

Filem Death Stranding Kini Dalam Pembangunan

Kojima Productions, syarikat produksi Hideo Kojima menjalinkan kerjasama dengan Penerbit Eksekutif Barbarian, Alex Lebovici dari Hammerstone Studios untuk mengembangkan dan menghasilkan sebuah filem berasaskan Death Stranding.

Deadline melaporkan, filem itu akan dibiayai oleh Hammerstone Studios di mana Kojima dan Lebovici akan bertindak sebagai penerbit projek itu.

Manakala, Kojima Production US dan Allan Ungar akan bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat tentang filem Death Stranding ini yang dikongsi sebaliknya Deadline menyatakan, filem ini akan memperkenalkan elemen dan karakter baharu daripada dunia Death Stranding.

Pada 2021, Kojima Production telah menubuhkan bahagian khas untuk pengeluaran filem, TV dan muzik.

“Saya sangat teruja dengan kerjasama dengan Hammerstone Studios.

“Ini adalah momen penting untuk francais dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan mereka untuk membawa DEATH STRANDING ke panggung,” kata Kojima.

“Kami teruja dan berbesar hati kerana berpeluang untuk menjadi rakan kongsi bersama Hideo Kojima untuk filem adaptasi pertamanya.

“Berbanding filem adaptasi permainan video yang lain, [filem] ini lebih erat dan berasas. Sasaran kami untuk menunjukkan apa yang adaptasi permainan video boleh capai apabila anda memiliki kebebasan kreatif dan artistik,” kata Lebovici.

Projek ini diumumkan selepas perkembangan tentang judul sekuel Death Stranding didedahkan semasa acara The Game Awards 2022.

Dalam Artikel Ini

Death Stranding

Hammerstone Studios
Komen