Filem Baru Hayao Miyazaki, How Do You Live Tiba 2023

Filem pertama selepas kembali dari persaraan.

Tarikh tayangan filem baharu Studio Ghibli oleh Hayao Miyazaki kini diumumkan.

Studio Ghibli melalui Twitter berkongsi poster filem How Do You Live dan mengumumkan bahawa filem itu akan mula ditayangkan di pawagam Jepun pada 14 Julai 2023.

How Do You Live adalah filem penuh pertama yang diarah oleh Miyazaki selepas mengumumkan kembali dari persaraan pada 2013 selepas The Wind Rises ditayangkan.

Pengarah legenda itu cukup terkenal melalui filem seperti Spirited Away, My Neighbor Totoro, Kiki’s Delivery Sevice dan banyak lagi .

Filem baharu ini berasaskan sebuah novel yang diterbitkan pada 1937 berjudul, Genzaburo Yoshino, mengisahkan kehidupan seorang remaja 15 tahun, Junichi Honda yang tinggal bersama bapa saudaranya yang memiliki gaya hidup berbeza selepas kematian bapanya.

Tema cerita asal adalah tentang perspektif kehidupan, struktur masyarakat dan bagaimana untuk kita adaptasinya.

Dalam Artikel Ini

How Do You Live?

Studio Ghibli
Komen