Dwayne Johnson Sahkan Tiada Black Adam dalam DCU James Gunn

Dia akan terus teroka kaedah untuk masukkan Black Adam dalam dunia baru DC.

Dwayne Johnson Sahkan Tiada Black Adam dalam DCU James Gunn

Selepas ketiadaan Henry Cavill dan Gal Gadot di dalam dunia baharu DCU, pelakon Black Adam, Dwayne Johnson mengesahkan filem itu tidak akan menjadi permulaan bagi penceritaan DCU di bawah James Gunn dan Peter Safran.

Johnson berkongsi berita itu melalui satu hantaran di media sosial mengesahkan bahawa DC dan Seven Bucks akan terus meneroka cara untuk memasukkan Black Adam di dalam dunia baharu DC pada masa akan datang.

“Saya dan James sudah mengenal satu sama lain sejak sekian lama dan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Ia tidak berbeza sekarang dan saya akan terus menyokong DC (dan Marvel) untuk terus berjaya,” tulis Johnson.

Dia juga menyatakan bahawa dia berbangga dengan Black Adam yang dilancarkan pada Oktober lalu sementara memberi penghormatan kepada peminatnya menyatakan dia sentiasa mendengar suara mereka.

Manakala bagi pihak Gunn, dia menerima kritikan berikutan perubahan yang dilakukan di dalam DCU dan menyatakan dia menyedari akan ada beberapa tempoh akan penuh dengan pergolakan.

Selain itu, terdapat satu spekulasi akan ada beberapa watak akan kembali dan ada beberapa watak akan disusun semula termasuk khabar angin Jason Momoa akan kembali tetapi dengan watak berbeza.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen