Dataminer Bocorkan Kandungan Mod Ranked Modern Warfare 2

Mod Ranked dijangkakan tiba 2023.

Dataminer Bocorkan Kandungan Mod Ranked Modern Warfare 2 - Call of Duty: Modern Warfare 2

Seorang dataminer dikatakan telah membocorkan kandungan yang akan tiba di dalam Mod Ranked Call of Duty: Modern Warefare 2.

Dataminer yang dikenali sebagai CODSploitz_imgs di Twitter dikatakan membocorkan kandungan mod itu sebelum dipadam oleh pihak Twitter berikutan pelanggaran DMCA yang dikemukakan oleh Activision.

Insider Gaming pernah melaporkan bahawa Mod Ranked ini boleh dimainkan menggunakan struktur 4v4 pemain menggunakan peta, peraturan dan mod sama seperti yang digunakan di Call of Duty League.

Kemahiran pemain mod ini akan ditentukan melalui Skill Divisions dan pemain perlu mendapatkan mata SR untuk maju ke Skill Divisions yang lebih tinggi. Mata SR diberi berasaskan prestasi peribadi pemain margin kemenangan dan jumlah menang/kalah pemain.

Tambahan itu, Skill Division dikatakan akan berubah pada setiap musim dan dilaporkan terdapat tujuh Rank Division yang perlu dicapai pemain.

Sebelum ini, Treyarch Studios, pembangun judul Black Ops mengesahkan melalui satu hantaran di Twitter Mod Ranked Call of Duty: Modern Warfare 2 akan dilancarkan pada tahun depan dan pemain dijemput untuk menyertai Call of Duty League Moshpit sementara menunggu mod itu dilancarkan.

Dalam Artikel Ini
  • Platform 
  • PS4
  • PS5
  • XboxSeries
  • XboxOne
  • PC
Berita Berkaitan
Komen