Canon EOS R5 C Akan Memasuki Pasaran Malaysia

Banyak ciri untuk rakaman video

Canon EOS R5 C Akan Memasuki Pasaran Malaysia - Realme GT 2 Pro

Canon Malaysia akan membawa kamera Canon EOS R5 C ke pasaran ini bulan hadapan. Kamera yang menggabungkan sistem Cinema EOS dan EOS R ini amat ditunggu-tunggu oleh pengguna yang mahu merakam video beresolusi tinggi.

EOS R5 C merupakan model terbaharu dalam siri kamera 45MP bingkai penuh EOS R5. Bakal menampilkan sistem Dual Pixel CMOS AF II dan pemproses Digic X, EOS R5 C juga akan membawa suis khas untuk mod gambar dan video.

Mampu merakam gambar berterusan pada kadar 12 fps, EOS R5 C juga boleh merakam video pada resolusi 8K 30 fps. Sistem penyejukan aktif kamera ini juga menjadi ciri menarik untuk perakam video.

Malah kamera ini tersedia bersama Cinema RAW Light untuk membantu pengguna merakam video 12-bit RAW. Selain format tersebut, EOS R5 C boleh merakam dalam format XF-AVC dan MP4.

Terdapat dua slot kad untuk CFexpress (Type B) dan SD UHS-II selain port USB-C, micro HDMI, mikrofon dan fon telinga. Sambungan Wi-Fi dan USB 5.0 juga tersedia.

Kamera ini didatangkan bersama skrin 3.2-inci serta sokongan untuk lensa RF. Lensa-lensa RF yang didatangkan dengan teknologi penstabilan boleh digabungkan ciri penstabilan imej elektronik dalam EOS R5 C untuk menghasilkan gambar dan video yang jelas dan lancar.

Sistem pemfokusan pula membawa fungsi Eye Detection AF dan EOS iTR AF X yang bersandarkan teknologi pembelajaran mendalam (deep learning). Pengguna juga boleh memanfaatkan pemfokusan manual.

Harga kamera ini untuk pasaran Malaysia ialah RM19,899.

Dalam Artikel Ini
Berita Berkaitan
Komen